Tajuk cerpen yang dipilih : Cikgu
Din
Karya : Nadia Khan
Cikgu Din adalah sebahagian kompilasi cerita pendek dari buku yang bertajuk "Cerpen" yang ditulis oleh Nadia Khan.
Cerpen
ini mengisarkan tentang seorang cikgu mata pelajaran Sejarah iaitu Cikgu Din yang
mempunyai cara pengajaran yang agak berbeza dan tidak hanya tertakluk kepada
sukatan pelajaran tetapi merangkumi seluruh kehidupan kita sebagai rakyat
Malaysia. Namun begitu,
timbul konflik apabila cara pengajaran Cikgu Din itu dianggap sebagai satu kontroversi dan dilihat sebagai cuba merendahkan kaum sendiri oleh golongan dewasa.
Penulis disini cuba menggambarkan tentang bagaimana masyarakat yang lanjut usia tidak mempunyai pemikiran yang terbuka dan mereka tidak pernah untuk cuba memahami apa maksud sebenar sejarah itu. Penulis juga cuba menyatakan bahawa murid-murid pada zaman sekarang tidak mempunyai apa yang dikatakan sebagai semangat kekauman. Tetapi mereka ingin menggambarkan diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang tidak mengira kaum.
Sesungguhnya penulis mengetahui bahawa manusia itu semua sama sahaja dan apa yang membezakan mereka adalah kebudayaan yang dimiliki mereka. Secara tidak langsung sama ada disedari ataupun tidak penulis disini hendak mengkritik bagaimana seharusnya guru itu mengajar anak didik mereka tentang kehidupan dan tidak hanya menumpukan terhadap pelajaran. Ini adalah kerana guru memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi pemikiran dan kelakuan murid itu. Penulis menzahirkan perkara ini di dalam babak dimana Cikgu Din telah diarahkan oleh pihak sekolah untuk meletakkan jawatan setelah menerima aduan daripada pihak ibu bapa dan kita dapat melihat betapa hancurnya hati anak murid Cikgu Din dan mereka menyalahkan diri mereka kerana menyebabkan perletakan jawatan Cikgu Din.
Melalui cerpen ini kita dapat merasai bahawa penulis ingin cuba mengajak para pembaca supaya membuang sentimen perkauman didalam diri mereka dan bersama sama untuk mensejahterakan Malaysia dan cerpen ini sangat disyorkan untuk pembacaaan seluruh rakyat Malaysia.

3 comments:
satu ulasan cerpen yanng menarik.. :)
memberikan satu inspirasi kepada para guru2 di seluruh negara ttg perpaduan kaum..
Cerpen yang menarik dan penggunaan bahasa yang sangat baik dan jelas. Cerpen ditulis dengan begitu terkesan di mana saya dapat menyedari tentang nilai yang ingin disampaikan. Perpaduan kaum yang sangat biasa disebut oleh masyarakat kita sememangnya memberikan impak yang sangat bermakna dalam kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, perpaduan untuk merupakan tunjang kepada kesepaduan negara. Saya amat kagum dengan cerpen yang dihasilkan ini.
Post a Comment