Wednesday

E – Sajak : Ke Makam Bonda – Usman Awang (Siti Nadirah)

Assalamualaikum...


PLAY HERE

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili

bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
Ulasan :

Sajak Ke Makam Bonda merupakan hasil karya sasterawan negara yang ketiga iaitu Usman Awang. Semasa hayatnya, beliau terkenal sebagai seorang penyair hebat. Tongkat Warrant, Adi Jaya, Atma Jiwa, Setiabudi, antara nama pena beliau yang termasyhur. 

Dalam sajak ini, penyajak mengisahkan tentang beberapa orang anak mengunjungi pusara bonda mereka yang telah lama meninggal dunia. Ketika mereka mengunjungi pusara bonda mereka ini, keadaan di sekitar pusara sunyi sepi kerana pada waktu itu adalah waktu awal pagi. Penyajak juga menggambarkan keadaan batu nisan yang telah tumbang dan berlalang disebabkan tidak ada sebarang kunjungan di pusara tersebut. Lamunan kisah silam mereka menjelma dan mereka merindui kucupan ibu mereka. Maka, jelaslah juga kepada kita, bahawa sajak ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang ibu sewaktu melahirkan anak-anaknya dan kasih sayang yang dicurahkan kepada anak-anak ini tiada tolok bandingnya. Semua orang mengetahui ketulusan kasih seorang ibu. 

Selain itu sajak ini juga menjadi ilham untuk dijadikan sebagai lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid iaitu UNIC bertujuan untuk menjadi pengajaran kepada peranan sebagai anak supaya menghargai kasih seorang ibu.





2 comments:

Anonymous said...

sungguh menusuk kalbu tambahan lagi berlatar belakangkan alunan seruling. im shedding tears

Anonymous said...

subhanallah nilai karya ni tak terkata
















subhanallah tak terkata kehebatan karya ni.. terima kasih atas perkongsian ini. cantik blog!!