Tuesday

AKTIVITI SASTERA (PERSIDANGAN PERUBATAN MELAYU)

AKTIVITI SASTERA


PADA 16/11/2017
KAMI TELAH MENGHADIRI PERSIDANGAN PERUBATAN MELAYU YANG DIADAKAN DI DEWAN SEMARAK, AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA.

DR. HAMIZAH HASHIM
      GAMBARAN PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU DALAM NOVEL KUDUP HIJAU TROPIKA

SECARA RINGKASNYA:








Sinopsis novel ini mengisahkan seorang juruterbang Inggeris bernama Leftenan Rusell Bell  yang telah jatuh cinta dengan ilmu perubatan tradisional masyarakat Melayu sewaktu Perang Dunia Kedua. Kecintaan terhadap ilmu perubatan tradisional Melayu ini telah diteruskan oleh cucunya yang bernama Dr. Isaac Newton yang merupakan seorang doktor perubatan di sebuah hospital di London.
Kecintaan Dr.Isaac Newton lahir melalui pembacaan diari datuknya berkaitan dengan ilmu perubatan tradisional Melayu ini, walaupun beliau tidak pernah mengenali datuknya kerana datuknya telah meninggal dunia di Tanah Melayu.

Disebabkan kecintaan ini telah membawa Dr. Isaac Newton ke Malaysia untuk mengenali ilmu perubatan tradisional Melayu dengan lebih mendalam di samping untuk menjejaki kubur datuknya di Kota Bharu, Kelantan.

Selepas Dr. Isaac Newton sampai di Malaysia, bermulalah episod dan pelbagai peristiwa berkaitan dengan herba-herba Melayu yang digambarkan oleh pengarang di dalam novel ini.

Hasil daripada perbentangan Dr Hamizah, saya dapati terdapat 7 jenis tumbuhan herba yang mudah didapati dan dapat menyembuhkan beberapa penyakit masyarakat masa kini. Antaranya ialah:

1.       Halia – membantu membuang angin dalam badan.

2.       Daun Sirih – menghentikan pendarahan, merawat penyakit kurap dan sebagai penawar batuk serta lelah.

3.       Lendir lidah buaya (Aloe Vera) – menghilangkan parut dan kecantikan kulit.

4.       Akar Patawali / Akar Serumpun – menjadi penawar racun berbisa seperti sengatan tebuan atau lebah.

5.   Mengkudu -boleh dibuat sebagai minuman berjus. Mujarab untuk menyembuhkan penyakit darah tinggi, serangan jantung dan kencing manis.

6.       Pokok Tongkat Ali – mengembalikan tenaga fizikal dan dalaman. Selain itu sebagai rawatan selepas bersalin.

7.    Pokok Tunjuk Langit – Membantu menangani masalah sakit sendi, darah tinggi, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kecergasan badan.



Sekian sahaja daripada saya . Semoga maklumat mengenai 7 jenis tumbuhan herba ini dapat membantu anda dalam mengatasi beberapa penyakit yang bersesuaian dengannya.


3 comments:

Unknown said...

Bagus kerana memberi pengetahuan tambahan kepada saya tentang ilmu perubatan tradisional

Unknown said...

Hayatiiiii

Anonymous said...

Ilmu yg bermanfaat anak muda. Thank you hayati tolong rekomen hehe ❤️