AKTIVITI SASTERA
PADA 16/11/2017
KAMI TELAH MENGHADIRI PERSIDANGAN PERUBATAN MELAYU YANG
DIADAKAN DI DEWAN SEMARAK, AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA.
DR. HAMIZAH HASHIM
GAMBARAN PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU DALAM NOVEL KUDUP
HIJAU TROPIKA
SECARA RINGKASNYA:
Sinopsis novel ini mengisahkan seorang juruterbang Inggeris bernama
Leftenan Rusell Bell yang telah jatuh
cinta dengan ilmu perubatan tradisional masyarakat Melayu sewaktu Perang Dunia
Kedua. Kecintaan terhadap ilmu perubatan tradisional Melayu ini telah
diteruskan oleh cucunya yang bernama Dr. Isaac Newton yang merupakan seorang
doktor perubatan di sebuah hospital di London.
Kecintaan Dr.Isaac Newton lahir
melalui pembacaan diari datuknya berkaitan dengan ilmu perubatan tradisional
Melayu ini, walaupun beliau tidak pernah mengenali datuknya kerana datuknya
telah meninggal dunia di Tanah Melayu.
Disebabkan kecintaan ini telah
membawa Dr. Isaac Newton ke Malaysia untuk mengenali ilmu perubatan tradisional
Melayu dengan lebih mendalam di samping untuk menjejaki kubur datuknya di Kota
Bharu, Kelantan.
Selepas Dr. Isaac Newton sampai
di Malaysia, bermulalah episod dan pelbagai peristiwa berkaitan dengan
herba-herba Melayu yang digambarkan oleh pengarang di dalam novel ini.
Hasil daripada perbentangan Dr
Hamizah, saya dapati terdapat 7 jenis tumbuhan herba yang mudah didapati dan
dapat menyembuhkan beberapa penyakit masyarakat masa kini. Antaranya ialah:
3. Lendir lidah buaya (Aloe Vera) – menghilangkan parut dan kecantikan kulit.
4. Akar Patawali / Akar Serumpun – menjadi penawar racun berbisa seperti sengatan tebuan atau lebah.
5. Mengkudu -boleh dibuat sebagai minuman berjus. Mujarab untuk menyembuhkan penyakit darah tinggi, serangan jantung dan kencing manis.
6. Pokok Tongkat Ali – mengembalikan tenaga fizikal dan dalaman. Selain itu sebagai rawatan selepas bersalin.
7. Pokok Tunjuk Langit – Membantu menangani masalah sakit sendi, darah tinggi, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kecergasan badan.
Sekian sahaja daripada saya . Semoga maklumat mengenai 7 jenis
tumbuhan herba ini dapat membantu anda dalam mengatasi beberapa penyakit yang
bersesuaian dengannya.